SIKAP seorang ustaz di sebuah sekolah yang didakwa kerap membuat dakwaan dan tuduhan tidak berasas tentang perilaku seseorang mengundang rasa kurang senang anak muridnya.
Menerusi luahan di media sosial, seorang wanita berkongsi pengalaman ketika berdepan ustaz terbabit yang mendakwa mempunyai deria keenam atau sixth sense hingga mampu 'membaca' fikiran individu lain hanya dengan melihat anggota tubuh sahaja.
"Masa sekolah menengah dulu seorang ustaz dakwa apabila dia tengok dahi, tapak tangan dan kaki kami, dia boleh tahu apa dalam fikiran. Dia juga kata boleh tahu kami masih dara ke tidak.

Tuduhan tidak berasas boleh memberi tekanan mental pada pelajar. -Gambar hiasan
"Kebanyakan kawan saya percayakan ustaz tu. Jadi setiap kali ustaz ni masuk kelas, ramai-ramai tutup dahi.
"Saya tak percaya. Dia selalu tegur, katanya tahu apa yang saya sedang fikirkan.
"Saya tanya apa? Dia tak jawab soalan saya. Dia beralih ke pelajar lain," tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Lebih mengejutkan, guru tersebut pernah menuduhnya tidak menunaikan solat hanya kerana warna kulitnya yang sedikit gelap.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kau nak kena lagi?” - Ustaz sekolah agama swasta ugut murid, tak rasa berdosa hentak kepala murid dengan tumbler
ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz sekolah pondok ‘makan’ 3 pelajar sendiri sampai hamil! Lari sembunyi atas siling takut dicekup orang kampung
Wanita ini turut diminta berdiri di hadapan kelas apabila dia menunjukkan reaksi tidak bersetuju terhadap kenyataan ustaz itu.
"Dia cakap... muka awak ni nampak gelap, mesti tak solat subuh. Saya jawab dah kalau hari-hari berlatih bola jaring tengah panas jadi hitam la.
"Saya ada saksi solat Subuh. Ustaz cakap lagi... kawan-kawan awak yang lain berlatih juga, mereka tak gelap macam awak.
- Seorang wanita dedah pengalaman berdepan guru agama yang buat tuduhan pelik di sekolah.
- Guru itu dakwa boleh tahu dara atau tidak hanya tengok dahi, tapak tangan dan kaki.
- Wanita itu turut dituduh tak solat hanya kerana kulitnya gelap.
- Dia dilabel kurang ajar walaupun cuma pertahan diri.
- Netizen kecam sikap guru, ada juga yang kata ilmu begitu tak patut dibuka secara umum.
"Kemudian saya balas, dah tu salah saya ke kalau muka saya mudah gelap tak macam orang lain," imbas wanita.
Hantaran dikongsikan wanita ini mendapat pelbagai reaksi netizen di media sosial khususnya mengenai sikap pendidik tersebut.
Namun, ada pula yang menjelaskan mengenai 'kelebihan' ustaz berkenaan tetapi tetap tidak menyokong perbuatannya.

Komen netizen pada hantaran asal.
"Sebenarnya memang ada ilmu cara nak tengok (baca) tu. Tapi ustaz tu tak sepatutnya beritahu secara terbuka fasal benda ni.
"Ia sepatutnya menjadi ilmu yang didiamkan sebab tu orang yang ada ilmu cara nak tengok ni, tetap turunkan pandangan.
"Bukannya dia tengok dan terus tuduh awak macam tu saja. Apatah lagi memalukan anak murid depan kelas macam tu," komen netizen tersebut.


