suria

Ustaz sekolah pondok ‘makan’ 3 pelajar sendiri sampai hamil! Lari sembunyi atas siling takut dicekup orang kampung

Individu yang melakukan jenayah rogol wajar diberikan hukuman yang berat. -Gambar hiasan

SEORANG guru pondok dihukum penjara 20 tahun selepas melakukan serangan seksual terhadap tiga pelajarnya hingga salah seorang mangsa hamil.

Hukuman itu dijatuhkan kepada tertuduh, Kholid yang berusia 47 tahun pada Ahad.

Kes itu terbongkar selepas penduduk Kampung Gembor Udik di Kabupaten Serang, Indonesia mengadakan protes dan merosakkan pondok yang diketuai oleh Kholid. 

Ketika itu, Kholid cuba melarikan diri dan bersembunyi di siling rumah, sebelum akhirnya ditangkap polis.

Kholid disyaki berulang kali mencabul tiga pelajar perempuan itu dari tahun 2021 hingga 2023. 

Salah seorang mangsa dilaporkan hamil dan melakukan pengguguran supaya kejadian tersebut tidak diketahui oleh ibu bapanya.

Ketua Hakim, Galih Dewi Inanti Akhmad, menyatakan bahawa Kholid terbukti melanggar Pasal 81 Ayat (3) Undang-Undang 17 Tahun 2016 mengenai Perlindungan Kanak-Kanak.

“Oleh itu, kami menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap tertuduh Kholid,” kata Galih ketika membacakan keputusan perbicaraan terbuka di Mahkamah Daerah Serang.

Hukuman yang dijatuhkan lebih berat daripada tuntutan pihak pendakwa raya dari Pejabat Pendakwa Negeri Serang, Selamet, yang sebelumnya menuntut hukuman penjara selama 19 tahun.

Mahkamah tidak memberikan sebarang pertimbangan yang meringankan kepada tertuduh.

Sebaliknya, beberapa faktor yang memberatkan menjadi asas hukuman, termasuk status Kholid sebagai seorang ustaz yang sepatutnya menjadi contoh dan pelindung kepada anak-anak didiknya.

“Sepatutnya dia menjadi pelindung kepada anak-anak ini, tetapi sebaliknya dia melakukan hubungan tidak bermoral dengan pelajarnya sendiri. Sebagai pendidik, dia seharusnya menjadi teladan,” ujar Galih.

Panel hakim juga mempertimbangkan bahawa perbuatan Kholid telah merosakkan masa depan para mangsa. -Agensi

Artikel Lain