suria
mStar - Urban.Versatil

Cinta hingga hujung nyawa... Lelaki maut kena serangan jantung, terkejut temukan GF tak sedarkan diri di kolam air panas

Polis menjalankan siasatan di lokasi kolam air panas restoran berkenaan. -Foto Sinchew

SEORANG lelaki berusia 46 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menemukan mayat teman wanitanya dalam kolam air panas.

Kejadian berlaku di sebuah restoran kolam air panas di Taipei, Taiwan pada Ahad.

Lelaki dikenali sebagai Li itu ditemukan rebah di luar kolam dan dibawa ke hospital, tetapi disahkan meninggal dunia. 

Polis percaya serangan jantung Li berlaku akibat tekanan emosi yang terlampau setelah menyedari kematian teman wanitanya, Guo, yang juga berusia 46 tahun.

Berdasarkan siasatan, Li bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta di restoran kolam air panas berkenaan.

Pada hari kejadian, dia mencadangkan agar Guo berehat di kolam kerana restoran agak sibuk. 

Sekitar pukul 5 petang, dia mencari Guo di kolam namun menemukan wanita berkenaan sudah tidak bernyawa, sebelum dia rebah akibat serangan jantung.

Pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui tanda-tanda pergelutan atau unsur jenayah.

Polis menunggu hasil bedah siasat bagi memastikan punca sebenar kematian kedua-dua mangsa. -Agensi

Artikel Lain