suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar kolej tembak mati rakan sekelas dari jarak dekat... Acu pistol ketika rancak berborak

Rakaman CCTV memaparkan penyerang dan mangsa yang terbaring di dalam kelas. -Foto NDTV

SEORANG pelajar kolej menembak mati rakan sekelas wanitanya menggunakan pistol sebelum melepaskan tembakan ke arah dirinya sendiri.

Kejadian yang berlaku di Kolej Undang-undang Mai Bhago, daerah Tarn Taran, Punjab pada Isnin itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di dalam bilik kuliah.

Mangsa dikenal pasti sebagai Sandeep Kaur meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suspek pula kritikal dan sedang menerima rawatan, menurut seorang pegawai kanan polis.

Rakaman CCTV menunjukkan suspek memasuki bilik kuliah dengan beg, lalu bercakap seketika dengan mangsa dan seorang lagi rakan sekelas.

Ketiga-tiga mereka kemudian berpindah ke bahagian belakang bilik kuliah dan terus berbual.

Beberapa saat kemudian, suspek berdiri, membuka begnya dan mengeluarkan pistol.

Dia berpaling ke arah mangsa dan menembaknya, menyebabkan mangsa rebah ke lantai.

Selepas itu, suspek cuba menembak diri sendiri.

Pelajar lain yang berada di bilik kuliah dilihat panik dan berlari keluar selepas tembakan dilepaskan.

Menurut pegawai polis, kejadian berlaku ketika kelas hendak bermula. 

Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis. -Agensi

Artikel Lain