suria

Ahli bina badan ambil nyawa sendiri, kecewa kekasih bertunang dengan jejaka lain

Tekanan boleh menyebabkan seseorang bertindak di luar kewarasan akal. -Gambar hiasan

SEORANG ahli bina badan berusia 26 tahun meninggal dunia dipercayai akibat bunuh diri selepas kecewa kerana teman wanitanya bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka lain. 

Lelaki itu yang juga merupakan jurulatih gim di Bengaluru, India, dikatakan telah menjalin hubungan dengan teman wanitanya selama tiga tahun. 

Ketika bertemu pada Sabtu, teman wanitanya memaklumkan sudah melangsungkan pertunangan dengan lelaki lain. 

Kecewa dengan berita itu, dia kembali ke rumahnya di Mahalakshmi Layout dan mengunci dirinya di dalam bilik.

Ahli keluarganya yang risau bertindak memecahkan pintu sebelum menemui jasadnya dalam keadaan tergantung.

Mayatnya dihantar ke hospital untuk bedah siasat. 

Polis sedang menyiasat kes berkenaan daripada pelbagai aspek, termasuk nota kematian yang ditemui di biliknya. -Agensi

Artikel Lain