SATU insiden mengejutkan berlaku di sebuah sekolah menengah apabila seorang pelajar Tingkatan 6 didakwa menampar seorang guru wanita gara-gara tidak puas hati ditegur datang lewat ke peperiksaan.Kejadian tersebut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) sekolah berkenaan dan telah tular di media sosial. Menurut pihak polis, insiden itu berlaku pada 24 Januari lalu di Sekolah Tinggi SJ Dave, yang terletak di pekan Shehra, Gujarat, India.Pelajar berusia 18 tahun itu dilaporkan tiba lewat untuk peperiksaan dan apabila seorang guru wanita yang bertugas sebagai pengawas menyoalnya tentang punca kelewatan, pelajar tersebut didakwa menjawab dengan nada biadab, 'di rumah tiada siapa bertanya apa-apa, jadi siapa awak untuk menyoal saya?'.Selepas itu, dia bertindak menampar pipi guru berkenaan, menolaknya, sebelum melarikan diri keluar dari kelas.Dilaporkan pada hari yang sama, bapa kepada pelajar itu telah datang ke sekolah untuk memohon maaf kepada guru terbabit dan pengetua sekolah.Namun, keadaan menjadi lebih tegang pada 27 Januari apabila pelajar tersebut didakwa kembali ke sekolah bersama bapanya dan sekumpulan kira-kira 15 hingga 20 orang.Menurut polis, kumpulan itu telah mengugut guru berkenaan, sekali gus menyebabkannya membuat laporan polis.Setakat ini, polis telah menahan tiga individu untuk membantu siasatan.Pihak polis memaklumkan bahawa siasatan lanjut terhadap kes ini masih diteruskan. -Agensi