SEORANG lelaki berusia 65 tahun maut manakala beberapa ahli keluarganya cedera gara-gara berselisih faham mengenai isu penebangan dahan pokok.Kejadian berlaku di kawasan Bagad Tiraya, Alwar, India apabila pertengkaran antara saudara mara menjadi tidak terkawal. Mangsa yang dikenali sebagai Bali, dilaporkan maut selepas diserang dengan kapak oleh sepupunya, Fakru.Menurut polis, anak lelaki mangsa berkata, pertikaian bermula sehari sebelum insiden maut tersebut apabila suspek bersama anak-anak lelakinya memotong dahan daripada pokok semambu milik keluarga mereka, sekali gus mencetuskan pertengkaran.Pada hari kejadian, suspek didakwa kembali ke lokasi bersama anak-anak lelakinya serta beberapa ahli keluarga lain untuk menebang pokok tersebut sekali lagi. Apabila mangsa membantah tindakan itu, suspek dipercayai menyerangnya dengan kapak, menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.Anak mangsa yang cuba campur tangan bagi melindungi bapanya turut diserang dan mengalami kecederaan serius.Selain itu, tiga wanita daripada keluarga terbabit turut cedera semasa pergaduhan tersebut.Mangsa yang cedera parah segera dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk, kata polis. -Agensi