suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak usia setahun derita batuk, demam panas lebih sebulan… Rupanya ‘benda asing’ tersangkut dalam saluran pernafasan

Doktor berjaya mengeluarkan sebiji mentol LED kecil yang tersangkut di saluran pernafasan kanak-kanak berkenaan. -Foto NDTV

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia satu tahun yang disangka menghidap pneumonia gara-gara mengalami demam panas dan batuk kronik selama lebih sebulan, rupa-rupanya berdepan keadaan lebih serius apabila sebiji mentol LED (diod pemancar cahaya) kecil didapati tersangkut di dalam saluran pernafasannya.

Pada awalnya, keluarga kanak-kanak tersebut membawanya ke beberapa hospital swasta untuk menerima rawatan, namun tahap kesihatannya tidak menunjukkan perubahan.

Akhirnya, keluarga kanak-kanak tersebut membawanya ke sebuah hospital kerajaan di Gotri, Gujarat, India, untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut Dr Hiren Soni, Ketua Jabatan ENT (telinga, hidung, tekak) hospital berkenaan, pemeriksaan mendapati terdapat objek asing yang tersangkut di saluran pernafasan kanak-kanak itu. 

Prosedur bronkoskopi dijalankan dan doktor berjaya mengeluarkan sebiji mentol LED sepanjang satu sentimeter yang tersangkut di saluran pernafasannya.

"Dengan bantuan peralatan moden, kami berjaya mengeluarkan komponen elektronik itu dan kini kanak-kanak itu sihat sepenuhnya," jelas doktor berkenaan. -Agensi

Artikel Lain