suria
mStar - Urban.Versatil

Lelaki lapor polis lepas teruk dibelasah penduduk kampung akibat khalwat... Dakwa diri dibogel, diikat dan diserang

Cimut dibelasah orang kampung selepas masuk ke rumah wanita berstatus isteri orang.

SEORANG lelaki membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa pukul beramai-ramai selepas kejadian dia ditangkap berada di dalam rumah wanita yang sudah bersuami.

Mangsa, Cimut, 23, mendakwa dirinya dipukul, ditelanjangkan, diikat dan diarak ke sebuah balai oleh sekumpulan penduduk kampung.

Penduduk kampung juga didakwa merakam video mangsa terlebih dahulu sebelum menumbuknya di dalam kediaman berkenaan.

Cimut mendakwa kira-kira 30 individu terlibat memukulnya, selain ada yang baru tiba turut sama menyerangnya ketika dia dalam keadaan diikat.

Kes pada awal pagi 2 Februari lalu itu berlaku di Kampung Srigading, Jawa Tengah, Indonesia ketika mangsa berkunjung ke rumah wanita berkenaan sebelum penduduk kampung melakukan serbuan.

Menurut peguam yang mewakilinya, tindakan penduduk disifatkan melampau, tidak berperikemanusiaan serta melanggar undang-undang. 

Peguam berkenaan turut menegaskan bahawa laporan yang dibuat adalah berkaitan dakwaan penganiayaan dan penyeksaan, bukannya melibatkan dakwaan jenayah lain.

Difahamkan, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti kronologi kejadian serta tindakan susulan yang akan diambil. -Agensi

Artikel Lain