BANTUAN Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off yang mula dikreditkan pada 9 Februari lalu, ternyata memberi kelegaan buat penerima.Tatkala ada yang mengisi troli dengan makanan segera dan produk proses, seorang lelaki tampil berkongsi pendekatan berbeza apabila menggunakan bantuan tersebut untuk membeli bahan makanan yang lebih bermutu dan berkualiti. Baginya, produk dan barangan permium tersebut pasti tidak dibeli sekiranya menggunakan duit sendiri."Apabila saya beratur untuk buat bayaran, saya sedih sangat sebab hampir kebanyakan troli penuh dengan makanan proses."Antaranya biskut, roti, air kordial, makanan sejuk beku seperti fries, nugget, sosej, susu kotak, air kotak, kicap, tepung gandum dan gula putih," luahnya di Facebook.Malah dia turut berkongsi jenis produk dan barangan premium yang dibeli menggunakan duit bantuan kerajaan itu.1. Telur ayam kampung Jika sebelum ini sekadar ambil telur biasa kerana faktor harga, bantuan SARA membuka ruang membeli telur lebih bermutu yang lebih segar dan berkualiti.2. Beras basmati dan beras wangiBeras premium yang biasanya lebih mahal kini boleh dinikmati menggunakan wang SARA.Selain lebih sedap, ia juga memberi variasi dalam hidangan harian.ARTIKEL BERKAITAN: SARA RM100 dah masuk! Senarai produk makin banyak, kini boleh beli makanan sejuk beku dan sedia dimakan3. Santan segar untuk menu tradisiSantan sering dielakkan kerana harga boleh mencecah RM20 sekilogram. Dengan bantuan ini, menu gulai, kari, bubur kacang atau percik boleh kembali ke meja makan dengan rasa yang lebih menyelerakan.Paling penting, ia dimasak sendiri di rumah.4. Laksa dan bihun sebagai alternatif lebih sihatBerbanding mi kuning berasaskan gandum dengan pewarna dan bahan tambahan, laksa dan bihun dilihat pilihan lebih baik untuk variasi hidangan berkuah seperti laksa Siam, laksa Penang atau bihun sup.5. Makanan dalam tin berkualitiSardin menjadi sumber protein ikan yang baik, terutama jika memilih jenama lebih bermutu. Kacang peas dan cendawan dalam tin pula sumber protein tumbuhan yang berpatutan di samping kacang panggang (baked beans).6. Asam jawa sebagai bahan asas wajibSelain menaikkan rasa masakan, asam jawa terkenal dengan pelbagai khasiat dan sesuai dijadikan stok dapur anda.