BERITA baik buat lebih 22 juta rakyat Malaysia dewasa apabila bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off mula dikreditkan ke akaun penerima bermula Isnin, 9 Februari.Memasuki tahun kedua pelaksanaannya, inisiatif ini tampil lebih menyeluruh dengan peluasan kategori barangan. Jika sebelum ini pilihan terhad kepada 14 kategori sahaja, kini MyKasih 2026 turut membenarkan pembelian makanan sejuk beku dan sedia dimakan.Kategori makanan sejuk beku dan sedia dimakan merangkumi pelbagai pilihan daripada daging seperti ayam, itik, burung puyuh dan ayam bersalut tepung hinggalah burger, nuget, bebola daging serta sosej. Selain itu, ada juga pilihan makanan laut dan ikan, sayuran sejuk beku, hidangan vegetarian seperti samosa, popia dan pau, serta hidangan sedia dimakan yang memudahkan pengguna nikmati makanan cepat dan praktikal di rumah.Penambahan inisiatif ini sekali gus memberi manfaat kepada individu berusia 18 tahun dan ke atas dalam mendepani kos sara hidup.Tambahan pula pembelian SARA boleh dibuat sepanjang tahun dan baki setiap bulan dibawa ke bulan seterusnya.Meliputi lebih 140,000 barangan asas tersedia di seluruh negara.Sebagai pemegang MyKad, anda boleh membuat semakan dan baki penggunaan bantuan tersebut menerusi laman sesawang MyKasih.Kaedah Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA – MyKasih)- Layari laman web rasmi MyKasih- Masukkan nombor MyKad penerima- Klik butang semak status- Status yang akan dipaparkan termasuk layak atau tidak layak- Jumlah bantuan bulanan- Tempoh bantuan- Kaedah penggunaan (kedai dan pasar raya terlibat)Hanya barang yang mempunyai label SARA di rak tanda harga boleh dibeli. Langkah-langkah membeli barangan menggunakan MyKad1. Pilih barangan keperluanPenerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 15 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.2. Tunjuk MyKad untuk pengesahanJuruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.3. Imbas kod baranganJuruwang mengimbas setiap barang yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.4. Bayar menggunakan MyKadPenerima bantuan membuat bayarang menggunakan MyKad untuk mengesahkan transaksi pembelian.5. Simpan resit untuk semakanPenerima bantuan perlu menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.