Gred lesen G7 merupakan kontraktor yang berpengalaman luas dan berkemampuan dari segi kewangan. -Gambar hiasan AI
DALAM industri pembinaan di Malaysia, lesen kontraktor bukan sekadar formaliti, sebaliknya menjadi ‘tiket wajib’ sebelum sesuatu projek boleh dijalankan. Lesen ini berfungsi memastikan setiap kerja pembinaan menepati piawaian keselamatan dan kualiti yang ditetapkan. Bagaimanapun, setiap syarikat kontraktor akan dibahagikan kepada tujuh gred lesen, yang mana mereka diklasifikasikan berdasarkan kemampuan kewangan, pengalaman dan kapasiti projek.Klasifikasi oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) ini menentukan jenis dan saiz projek yang boleh diambil kontraktor atau syarikat pembinaan.Jadi, sebelum terjun ke tapak binaan, sebaiknya kenali dahulu gred lesen kontraktor yang selayaknya untuk syarikat anda.1. Kontraktor kecil atau baharu (G1)G1 ialah kelas asas untuk kontraktor kecil atau baru memulakan perniagaan. Projek yang diperoleh biasanya berskala kecil seperti ubah suai rumah atau kerja pembaikan. Nilai projek tidak melebihi RM200,0002. Kontraktor sederhana (G2)Bagi gred ini, nilai projek sepatutnya tidak melebihi RM500,000 dan syarikat terlibat boleh menguruskan projek bersaiz sederhana atau komersial.Syarat utama termasuk modal berbayar atau terkumpul minimum RM25,000, mempunyai Sijil SCORE (Sistem Penilaian Keupayaan & Kemampuan Kontraktor) sekurang-kurangnya dua bintang untuk pembaharuan.Kategori ini juga layak menyertai kerja-kerja kerajaan dan dahulunya dikenali sebagai Kelas E.Pembinaan berskala besar adalah mengikut gred lesen syarikat. -Gambar hiasan3. Kontraktor sederhana (G3)Syarikat di bawah gred ini dibenarkan mengendalikan projek binaan awam, bangunan, mekanikal yang bernilai RM500,001 hingga RM1 juta.Mereka di bawah gred ini perlu mempunyai modal berbayar atau terkumpul berjumlah RM50,000.4. Lebih dikenali sebagai kontraktor berpengalaman (G4)Seiring pengalaman yang ada, kapasiti kewangan pastinya lebih kukuh.Oleh itu, mereka yang berada dalam kategori ini akan terlibat dengan projek besar termasuk bangunan bertingkat dan projek kerajaan.Bagaimanapun nilai projek tidak melebihi RM3 juta.Kebiasaannya kontraktor ini aktif dalam kerja-kerja infrastruktur tempatan kerana modal berbayar atau terkumpul adalah RM150,000.5. Kontraktor mampu menguruskan projek lebih kompleks (G5)Syarikat terlibat dibenarkan mengendali projek pembinaan bernilai antara RM3 juta hingga RM5 juta.Kontraktor memerlukan modal berbayar sekurang-kurangnya RM250,000, serta perlu memperoleh sijil penilaian SCORE sekurang-kurangnya tiga bintang. Mereka dalam kategori ini dianggap sebagai kontraktor menengah-tinggi yang mempunyai kemampuan kewangan dan teknikal yang kukuh.Kontraktor boleh menyertai projek kerajaan sekiranya syarikat memenuhi kriteria yang ditetapkan CIDB. -Gambar hiasan 6. Kontraktor yang mengendalikan projek mega (G6)Mereka yang berada dalam kategori ini sering digelar sebagai kelas tertinggi kerana mempunyai pengalaman luas dan boleh mengendalikan projek mega seperti lebuh raya, hospital dan pembangunan berskala besar. Projek yang diperoleh bernilai antara RM5,000,001 hingga RM10 juta.Bagaimanapun, mereka dalam gred ini diwajibkan mempunyai modal berbayar atau terkumpul sebanyak RM500,000 dan sijil SCORE sekurang-kurangnya tiga bintang kerana deposit tender adalah RM250,000.7. Bukan sahaja kelas tertinggi, tiada had nilai projek ditetapkan bagi kontraktor G7Kontraktor G7 dibenarkan mengendalikan projek pembinaan tanpa had maksimum kerana pengalaman mereka yang luas dan keupayaan mengendalikan projek mega seperti lebuh raya, hospital dan pembangunan berskala besar. Ini menjanjikan pulangan lumayan buat kontraktor yang memenuhi syarat pematuhan ketat G7.Syarikat kategori ini perlu mempunyai modal berbayar sebanyak RM750,000 dan mempunyai dua pemegang ijazah dengan pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun.Lesen boleh diperbaharui sehingga tiga tahun, bergantung pada jumlah mata CCD (Contractor Continuous Development).