suria
mStar - Urban.Versatil

Simpan akaun ‘OnlyFans’ dalam telefon bimbit, pempengaruh Taiwan diusir dari Singapura

Sprite anggap kejadian itu pengalaman hitam.

SEORANG personaliti media sosial dan model dari Taiwan berdepan pengalaman pahit apabila dilarang memasuki Singapura selepas kandungan dewasa ditemui di dalam telefon bimbitnya.

Memetik laporan Korea Boo, wanita dikenali sebagai Sprite Fang mendakwa dia ditahan pihak berkuasa imigresen sebaik tiba di Lapangan Terbang Changi.

Katanya, dia pergi ke negara itu untuk menghadiri acara Formula 1 Singapura namun dibawa ke bilik soal siasat dan pasportnya diambil.

Sprite akui tidak tahu undang-undang negara itu.

Tidak hanya itu, pihak berkuasa juga memeriksa barangan peribadi termasuk telefon bimbitnya sehingga menemui akaun OnlyFans miliknya, termasuk gambar separa bogel yang menggoda.

Malah dirinya ditahan semalaman sebelum dimaklumkan tidak dibenarkan masuk ke negara itu dan diarahkan pulang ke Taiwan dengan segera.

“Pengalaman itu sangat menakutkan dan memberi kesan besar kepada kesihatan mental saya,” katanya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh berhabis RM2.2 juta demi ‘abs’ tiruan

ARTIKEL BERKAITAN: Govinda terlalu percaya ‘pawang’, isteri berang sebab sanggup belanja besar

Sejak itu, dia mengakui mengalami gangguan tidur selain serangan panik yang berterusan.

Sekadar info, undang-undang Singapura melarang pemilikan, pengedaran dan import bahan lucah, dan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tegas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain