Jerry akui terkejut sewaktu kali pertama mengetahui bekas isteri ada anak selepas mereka berkahwin dulu.
BEKAS suami kepada penyanyi Indonesia, Denada iaitu Jerry Aurum terkejut apabila mendengar berita bekas isterinya itu sudah mempunyai anak sebelum mereka berkahwin.Namun, Jerry, 50, memilih untuk tidak membesarkan isu tersebut serta tidak menghubungi Denada. Bagaimanapun jurufoto itu ada bertanya kepada ahli keluarganya sama ada mereka sudah mengetahui berita mengenai Denada dan anak lelakinya, Ressa Rizky Rossano. Denada akui Ressa adalah anaknya.Tidak disangka, keluarga Jerry sudah mengetahui perkara itu lebih awal daripada dirinya sendiri.Walaupun begitu, sikap keluarga Jerry sama seperti dirinya yang enggan campur tangan dalam urusan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: 24 tahun berdiam, Denada mengaku tinggalkan anak sejak kecil... “Ini kesalahan dan kebodohan saya” ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun bawa lari anak, Inara Rusli tampil buat laporanSebelum ini, Denada mendedahkan dia mempunyai seorang anak yang dilahirkan pada tahun 2002.Untuk rekod, Jerry dan Denada mendirikan rumah tangga pada 2012, namun mereka memilih untuk berpisah pada 2015.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!