PELAKON Nia Ramadhani akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan rumah tangganya bersama suami, Anindra Ardiansyah Bakrie sedang berada di ambang perceraian.Menafikan perkara tersebut, Nia atau Prianti Nur Ramadhani Priya Ramadhani, 36, menegaskan bahawa gosip tular itu adalah tidak benar dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. "Berhubung khabar angin perceraian yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, kami ingin menjelaskan bahawa ia adalah tidak benar. Nia menepis khabar angin tentang kisah rumah tangganya yang sedang bergolak."Kami menyeru semua pihak agar berhenti menyebarkan fitnah kerana perkara ini telah mula menjejaskan keluarga terutamanya anak-anak kami," katanya. Nia berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Sebelum ini, seorang wanita tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dirinya kekasih gelap kepada suami Nia. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mengaku kekasih gelap suami Nia Ramadhani, mohon maaf jadi penyondolARTIKEL BERKAITAN: Anak malu Nia Ramadhani pakai baju singkat, selamba tegur minta tutup bahagian tubuh terdedahPengakuan itu mendapat perhatian ramai memandangkan kisah rumah tangga Nia dan suami dikatakan sedang bergolak. Malah wanita itu turut tampil membuat permohonan maaf selepas didakwa menjadi perosak rumah tangga pasangan itu. Untuk rekod, Nia mendirikan rumah tangga bersama Anindra pada 2010.Hasil perkongsian hidup pasangan ini memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Mikhayla, 14, Mainaka, 11, dan Magika yang kini berusia 9 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!