PELAKON dan penyanyi asal Indonesia, Aldi Taher yang sebelum ini sinonim dengan kisah kontroversi di media sosial kini memilih untuk membawa haluan baharu dalam hidupnya.Aldi, 43, mengakui mahu meninggalkan dunia sensasi dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan demi mencari rezeki halal untuk keluarga. Aldi tidak lagi mahu cipta kontroversi. Bapa kepada empat orang cahaya mata itu kini memulakan perniagaan makanan dikenali sebagai Aldi’s Burger yang terletak di kawasan Cempaka Putih, Jakarta Pusat, Indonesia.Menurut Aldi, keputusan tersebut dibuat bagi memastikan keperluan anak-anaknya dapat dipenuhi dengan lebih baik. “Alhamdulillah, ini ibarat tanggungjawab seorang bapa kepada empat anak. Kena terus berjuang cari rezeki,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 3 tahun kahwin penyanyi Aldi Taher belum sempat ‘honeymoon’, curi-curi malam pertama di set penggambaranARTIKEL BERKAITAN: [V] Dafi nasihat rakan artis jangan perlekeh bayaran rendah... “Rezeki sikit bagi kita mungkin banyak pada orang lain”Mengulas pemilihan burger sebagai produk jualan, Aldi menjelaskan faktor kemudahan dan kos yang lebih rendah menjadi sebab utama berbanding makanan lain yang popular di sana. Walaupun perniagaan itu baru beroperasi beberapa minggu, Aldi bersyukur apabila menerima sambutan positif daripada orang ramai.Malah, katanya, terdapat permintaan supaya Aldi’s Burger dibuka di luar Jakarta termasuk Bandung dan Bali. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!