suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niat asal nak buat rawatan muka, Siti Badriah tukar ‘plan’ jalani pembedahan tegangkan payudara

Siti Badriah buat pembedahan payudara di Korea.

PENYANYI dangdut Siti Badriah secara terbuka memberitahu dia menjalani pembedahan di bahagian payudara ketika bercuti di Korea Selatan.

Siti Badriah atau mesra disapa Sibad mendedahkan keputusan tersebut dibuat secara tiba-tiba kerana pada awalnya dia hanya merancang untuk melakukan rawatan muka di sana.

Dia mula terdetik untuk menjalani pembedahan itu selepas bertemu dengan seorang doktor dikenali sebagai Dr. Kim yang mencadangkan pembedahan restrukturisasi badan (mommy surgery).

Siti Badriah buat pembedahan payudara di Korea.

“Mulanya saya nak buat rawatan stem cell dan fat graft sahaja, tapi tiba-tiba jumpa Dr. Kim dan dia tanya nak buat mommy surgery tak. Ini untuk wanita yang sudah mempunyai anak kerana bahagian tertentu sudah menurun dan perlu diangkat semula,” katanya.

Selepas mempertimbangkan penjelasan doktor, Sibad akhirnya bersetuju menjalani prosedur berkenaan yang bertujuan menegangkan semula bahagian tubuhnya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi bahawa separuh daripada kos pembedahan tersebut telah ditaja hasil kerjasama yang dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN:  Siti Badriah rasa ‘insecure’ hamil anak kedua, sedih netizen wanita kecam perubahan hormon

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Siti Badriah tarik rambut pembantu rumah, netizen sifatkan tak berperikemanusiaan

“Sekarang bentuknya jadi lebih tegang, tapi tempoh pemulihan pula sekitar seminggu sahaja. Selepas buka jahitan, saya sudah boleh buat aktiviti seperti biasa. Malah, sejurus selepas pembedahan pun saya tidak rasa sakit,” luahnya.

Dalam masa sama, Sibad mengakui berpuas hati dengan hasil pembedahan yang dilakukan dan tidak menolak kemungkinan menjalani rawatan susulan pada masa hadapan.

Bagaimanapun, Sibad menjelaskan rawatan lanjutan itu hanya melibatkan beberapa bahagian tertentu sahaja yang masih memerlukan penambahbaikan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain