PENYANYI Inara Rusli dilaporkan berdepan tekanan psikologi yang berat susulan konflik peribadi yang berpanjangan.Bukan sahaja terpalit dengan isu hak jagaan anak bersama bekas suami yang juga penyanyi Virgoun, malah Inara, 33, turut menerima kecaman netizen susulan kemelut rumah tangganya dengan suami baharu dikenali Insanul Fahmi. Keadaan kesihatan mental Inara dikatakan merosot secara mendadak sejak kebelakangan ini, terutama apabila membabitkan urusan berkaitan anak-anak.Inara turut menerima kecaman netizen.Perkara itu didedahkan oleh pasukan peguamnya yang melihat tekanan dihadapi penyanyi tersebut semakin memuncak.Menurut peguamnya, Daru Quthny, konflik berkaitan akses bertemu anak memberi kesan besar terhadap emosi Inara.“Kalau bercakap soal mental, memang Inara terkesan. Tambahan pula dengan isu terbaharu ini apabila anak yang sepatutnya berada di bawah jagaannya masih belum dapat bersama.“Kes berkaitan anak sememangnya memberi tekanan yang berat dan sudah tentu menjejaskan mental,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun bawa lari anak, Inara Rusli tampil buat laporanARTIKEL BERKAITAN: Suami pilih damai dengan isteri pertama, sedia lepaskan Inara RusliTambahnya, Inara turut tertekan apabila akses untuk bertemu tiga orang anaknya menjadi makin rumit terutama di sekolah atau menerusi panggilan video.Pasukan peguam berpendapat hak Inara eolah-olah dinafikan, sekali gus mencetuskan tekanan berpanjangan.Dalam pada itu, kemelut rumah tangga Inara bersama Insanul juga masih belum menemui jalan penyelesaian.Menurut Daru Quthny, Inara sudah bersedia berdepan sebarang kemungkinan, termasuk jika hubungan tersebut terpaksa berakhir.“Inara sudah bersedia dengan apa sahaja kemungkinan terburuk, termasuk jika Insanul memilih untuk melepaskannya.Inara tertekan fikir masalah dengan Virgoun serta Insanul.“Sebenarnya Inara mahu mempertahankan hubungan ini, namun jika keadaan tidak mengizinkan dia bersedia untuk berpisah,” ujarnya.Untuk rekod, Inara bercerai dengan Virgoun pada 2023 selepas mendakwa menjadi mangsa kecurangan.Kemudian, Inara terpalit kontroversi apabila isteri pertama Insanul, Wardatina Mawa mendakwa suaminya dan Inara melakukan perbuatan zina.Bagaimanapun, Insanul tampil menjelaskan bahawa dia dan Inara telah bernikah pada Ogos tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube