suria

Bimbang kes jenayah meningkat, Tom Cruise nekad tinggalkan rumah mewah di London

Demi keselamatan, Tom Cruise tinggalkan rumah mewah di London.

PELAKON Tom Cruise dilaporkan telah meninggalkan apartmen mewah miliknya yang bernilai kira-kira RM140 juta, yang terletak di kawasan elit Knightsbridge, London.

Keputusan tersebut dibuat susulan timbul kebimbangan mengenai aspek keselamatan dirinya.

Cruise ambil keputusan tinggalkan rumah mewah disebabkan faktor keselamatan.

Difahamkan Cruise mula mengosongkan kediamannya itu sejak Januari selepas berlaku peningkatan kes rompakan di sekitar kawasan tersebut.

Terdahulu, beberapa kes telah dilaporkan termasuk melibatkan rompakan di butik Saint Laurent di Old Bond Street serta sebuah kedai barangan kemas di Richmond.

ARTIKEL BERKAITAN: Tom Cruise berang, dakwa bekas isteri ‘skodeng’ hubungan dengan Ana de Armas

ARTIKEL BERKAITAN: Gerak-geri sentiasa dipantau, Tom Cruise panas buntut lihat populariti Pedro Pascal makin melonjak

Berita tersebut membuatkan Cruise nekad mencari tempat kediaman lain kerana dia percaya kawasan tersebut tidak lagi selamat diduduki.

Malah, media tempatan juga melaporkan ternampak beberapa kakitangan pelakon itu membawa keluar kotak yang dipercayai mengandungi barang peribadi miliknya.

Cruise juga sebelum ini dilihat meninggalkan kawasan itu secara tiba-tiba, namun tidak dapat dipastikan lokasi rumah baharunya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain