suria

Usia 30-an tapi mentaliti 20-an, Onad hidap sindrom Peter Pan

Onad masih berfikirkan seperti lelaki usia 20-an.

PENYANYI dan pelakon, Onadio Leonardo mendedahkan dirinya menghidap sindrom Peter Pan iaitu situasi di mana seorang individu dewasa masih terperangkap dalam pemikiran seperti kanak-kanak.

Menurut Onadio atau mesra disapa Onad, 36, masalah tersebut juga mendorongnya terlibat dalam penyalahgunaan dadah sebelum ini.

“Hasil konsultasi mendapati saya menghidap sindrom Peter Pan. Saya tak boleh move on daripada usia 20-an,” katanya.

Onad mahu hidup lebih sihat selepas jalani pemulihan. 

Onad berkongsi perkara tersebut dalam satu temu bual selepas dia selesai menjalani tempoh pemulihan selama tiga bulan akibat penyalahgunaan dadah.

Dia turut memberitahu sindrom berkenaan mula dikesan ketika dia mendapatkan rawatan pakar psikologi sepanjang tempoh berada di pusat pemulihan.

“Usia saya 36 tahun, tetapi mentaliti masih 20-an. Kalau orang berumur 35 tahun, setiap masalah perlu diselesaikan sesuai mengikut usia.

ARTIKEL BERKAITAN: 24 tahun berdiam, Denada mengaku tinggalkan anak sejak kecil... “Ini kesalahan dan kebodohan saya” 

ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun bawa lari anak, Inara Rusli tampil buat laporan

“Tetapi saya masih berada di umur 20-an kerana itu merupakan golden age saya,” ujarnya.

Tambah Onad, masalah ini akan berterusan dan dia harus bijak mengawal sindrom berkenaan agar tidak menjadi lebih teruk.

Pada 30 Oktober 2025, Onad ditahan di kediamannya di Tangerang Selatan akibat kes dadah.

Dia kemudian diperintahkan menjalani pemulihan selama tiga bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain