KUMPULAN meningkat naik, Cortis menjadi perhatian ramai apabila salah seorang ahli mereka dianggap sebagai pengotor.Dalam video tular di media sosial, Keonho dilihat menggaru bawah ketiak sebelum menghidu tangannya semasa menghadiri satu temu bual. Aksi terbabit membuatkan ramai netizen tercengang dan berasa jijik sekali gus mencetuskan rasa kecewa dalam kalangan peminat mereka.Video yang tular memaparkan tindakan Keonho.Rata-rata menyifatkan kelakuan itu tidak sesuai untuk seorang idola yang sering muncul di khalayak ramai.Bagaimanapun segelintir peminat mempertahankan Keonho dan menanggap ia sesuatu yang normal sebagai manusia.ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi didakwa tidak jaga kebersihan bilik tidur, cadar katil kotor jadi bualanARTIKEL BERKAITAN: Rumah bersepah dan kotor penuh tahi anjing, Britney Spears dikecam tak jaga kebersihanMereka juga menekankan Keonho baharu berusia 16 tahun dan kritikan berlebihan dianggap tidak wajar. Ini bukan kali pertama Cortis tular dengan kontroversi kerana sebelum ini seorang ahli lain pernah dikritik kerana cadar katilnya yang kotor.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube