suria

Penyanyi soprano meninggal dunia selepas dipatuk ular ketika tidur

Ifunanya meninggal dunia akibat dipatuk ular.

PENYANYI Nigeria, Ifunanya Nwangene dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai digigit ular ketika sedang tidur.

Perkara itu disahkan oleh pengarah muzik, Sam C. Ezugwu menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

Menurut Sam, Nwangene yang juga merupakan bekas peserta program realiti 'The Voice Nigeria' itu menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di sebuah hospital di negara tersebut pada Sabtu.

Ifunanya merupakan bekas peserta program realiti 'The Voice Nigeria'.

“Dengan penuh dukacita, kami mengumumkan pemergian mengejutkan penyanyi soprano yang sedang meningkat naik, Ifunanya,” tulisnya.

Laporan BBC Afrika yang memetik kenyataan rakan mangsa, Hillary Obinna, menyebut bahawa Ifunanya dipercayai digigit ular ketika sedang tidur di rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Home Alone’ meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Cucu Snoop Dogg meninggal dunia pada usia 10 bulan

Hillary turut mendakwa bahawa dua ekor ular kemudiannya ditemui di dalam rumah mangsa.

Mangsa difahamkan cuba mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran, namun ketiadaan penawar bisa (antivenom) menyebabkan beliau terpaksa dirujuk ke hospital bagi rawatan lanjut.

Setakat ini, pihak polis Nigeria masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kematian penyanyi berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain