PELAKON Catherine O'Hara dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat.Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun. Berita itu disahkan oleh agensi pelakon berkenaan seperti yang dilaporkan oleh TMZ, namun tidak menceritakan punca sebenar kematian.Catherine dikenali dalam filem Home Alone.Sementara itu, memetik laporan People, Jabatan Bomba Los Angeles, Amerika Syarikat memaklumkan pihak mereka menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 4.48 pagi daripada seorang wanita yang beralamat di rumah Catherine.Pelakon itu dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.Menerusi rakaman audio, individu yang membuat panggilan tersebut dipercayai mengalami kesukaran bernafas.Catherine merupakan seorang pelakon dan pelawak asal Kanada yang memulakan kerjaya seni pada usia 20 tahun.ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon lelaki meninggal dunia dalam tidur ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon tertua Korea Selatan Lee Soon Jae meninggal duniaSepanjang pembabitannya, Catherine telah membintangi lebih daripada 50 buah filem dan drama.Mendiang cukup terkenal dengan watak Kate McCallister dalam siri filem Home Alone.Catherine juga pernah diiktiraf sebagai Pelakon Wanita TV Terbaik di Anugerah Golden Globe dan Anugerah Emmy menerusi lakonannya dalam drama Schitt’s Creek.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube