suria

Kesihatan makin merosot, Ray J dijangka mampu hidup beberapa bulan lagi

Ray akan terus berjuang melawan penyakitnya.

PENYANYI Ray J mendedahkan dirinya berdepan masalah jantung yang serius dan kesihatannya semakin merosot sejak kebelakangan ini.

Ray J, 45, berkata, doktor yang merawatnya turut memaklumkan dia berkemungkinan hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup.

Katanya lagi, dia juga dinasihatkan untuk berehat sepenuhnya di atas katil selain mengambil lapan jenis ubat setiap hari bagi memastikan keadaan jantungnya stabil.

Ray perlu berehat sepanjang hari di katil.

“Doktor beritahu fungsi jantung saya hanya sekitar 25 hingga 60 peratus. Saya benar-benar perlu jaga diri sekarang,” katanya dalam satu video yang dikongsi di media sosial.

Dalam pada itu, dia kemungkinan perlu menjalani prosedur pemasangan pacemaker atau defibrillator, namun keputusan akhir hanya akan diketahui selepas pemeriksaan dijalankan. 

Dia bagaimanapun mengakui gaya hidup tidak sihat pada masa lalu, termasuk pengambilan alkohol dan ubat-ubatan menjadi punca utama kemerosotan kesihatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibarat mahu balas dendam, Ray J bantu pihak berkuasa untuk hukum keluarga Kardashian... "Kes mereka lebih teruk daripada P Diddy"

ARTIKEL BERKAITAN: Ray J dedah Kim Kardashian dan ibunya dalang penyebaran video seks mereka 15 tahun lalu

“Saya minum empat atau lima botol sehari dan ambil ubat seperti tiada kesan buruk. Sekarang saya bayar harganya,” luahnya.

Malah tekanan emosi yang ditanggung akibat masalah peribadi termasuk isu keluarga dan halangan untuk bertemu anak-anaknya turut memberi kesan besar terhadap kesihatan mental dan fizikalnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain