PENYANYI Rosé sanggup menggunakan teknik penyamaran agar dirinya tidak dirakam kamera ketika menjalinkan hubungan cinta bersama bekas teman lelakinya sebelum ini.Menurut Rosé, 29, dia memilih watak seperti seorang wanita berusia dan sanggup membeli rambut palsu serta pakaian bagi membolehkan dirinya berjalan di tempat awam untuk bertemu kekasih. “Saya pernah jadi terlalu paranoid… rasa seperti tak boleh langsung dilihat orang. Jadi saya mula membeli barangan secara dalam talian.Rose pernah jadi terlalu paranoid tak boleh dilihat orang.“Saya beli rambut palsu kerinting pendek warna hitam. Kemudian saya perhatikan cara orang tua berpakaian di jalanan seperti jenis skirt, kasut dan beg yang mereka guna. Saya belajar, beli dan terus pakai,” katanya.Tambah anggota Blackpink ini, dia lebih banyak meluangkan masa bersama kekasihnya di kediaman lelaki itu kerana mereka tidak dibenarkan berada di tempat terbuka.Malah, Rosé turut mendedahkan bekas kekasihnya juga menggunakan teknik sama dan berpakaian seperti seorang lelaki warga emas.ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan bersama Rose Blackpink tak direstui peminat, ini jawab Evan MockARTIKEL BERKAITAN: Rose Blackpink obses dengan ketumbar, cadang buka kebun sendiri Disebabkan terlalu kerap membeli, penyanyi ini juga menyediakan satu ruang khas untuk menempatkan pakaian serta rambut palsu yang digunakan bagi tujuan penyamaran.“Saya rasa bekas kekasih pun berpakaian sedikit seperti datuk, tetapi tidaklah sampai memakai rambut palsu. Saya yang perlukan rambut palsu. Malah, pada satu tahap, saya siap meniru cara orang tua berjalan.“Di rumah saya ada satu bahagian khas untuk pakaian nenek. Sekarang semuanya sudah dibuang, tetapi ketika itu saya beli banyak skirt labuh bercorak bunga warna biru muda untuk menutup segalanya,” ceritanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!