suria

Luna Maya tegur Baim Wong, nasihat elak buat pembedahan plastik ubah bentuk hidung

Luna (kiri) menasihati Baim untuk tidak melakukan pembedahan plastik.

PERKONGSIAN pelakon dan pengarah, Baim Wong, ketika berada di sebuah klinik kecantikan di Korea Selatan menimbulkan tanda tanya ramai sehingga ada yang menyangka dia melakukan pembedahan plastik.

Bukan hanya dalam kalangan peminat, malah rakan artis seperti pelakon Luna Maya turut meluahkan rasa kurang setuju sekiranya Baim mahu melakukan sebarang perubahan pada wajahnya menerusi kaedah pembedahan.

Luna sempat meninggalkan pesan supaya rakannya itu tidak meneruskan hasrat berkenaan sekiranya benar sangkaan ramai bahawa Baim mahu melakukan pembedahan.

Kehadiran Baim di sebuah klinik kecantikan menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen.

“Jangan buat perkara pelik-pelik, muka dah cantik. Buat rawatan saja,” tulisnya di ruangan komen.

Baim, menerusi hantaran yang dimuat naik, berkongsi momen dia berkunjung ke sebuah klinik bagi mendapatkan khidmat nasihat doktor.

ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong stres jadi produser, pernah menangis ketika solat bila filem tak laku

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya bahagia suami rajin masuk dapur, suka hidang masakan Barat

Meskipun tiada sebarang kata putus, namun gambar-gambar yang dikongsi seolah-olah memberi gambaran dia sedang menjalani prosedur rhinoplasty atau pembedahan hidung.

Sementara itu, menerusi ruangan kapsyen, Baim mengakui masih ragu-ragu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Rasanya tak mungkinlah. Macam perempuan saja. Saya ini lelaki,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain