PENYANYI Indonesia, Chiki Fawzi, meluahkan rasa kecewa apabila dimaklumkan secara mengejut mengenai pembatalan pelantikannya sebagai Petugas Penyelenggara Ibadah Haji (PPIH) bagi musim haji 2026.Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Chiki, 37, dilihat tidak mampu menahan sebak ketika berkongsi berita tersebut kepada para pengikutnya. Menurutnya, keputusan berkenaan diterima secara tiba-tiba tanpa sebarang penjelasan terperinci, selain dimaklumkan ia merupakan arahan pihak atasan.Chiki kecewa namanya digugurkan saat akhir.“Ada perkara yang saya rasa perlu saya maklumkan. Saya digugurkan sebagai petugas haji secara mengejut,” katanya.Keputusan itu nyata memberi tamparan hebat buat Chiki kerana peluang menjadi petugas haji dan berkhidmat kepada jemaah merupakan antara impian terbesarnya sejak tiga tahun lalu.Dia turut berkongsi pengalaman membuat persiapan sebelum ini serta peluang bertemu dengan ramai individu yang juga teruja untuk memulakan perkhidmatan membantu jemaah lain.ARTIKEL BERKAITAN: Impian tunai haji lebur, visa furada Ruben Onsu tidak diluluskanARTIKEL BERKAITAN: Brian terkejut disingkirkan dari kumpulan Sheila On 7, sampai sekarang belum tahu punca nama digugurkanPada hantaran sama, dia sempat memohon maaf kepada jemaah yang telah berdaftar dan mengetahui penglibatannya sebagai PPIH.“Saya sangat sedih kerana menjadi petugas haji adalah salah satu impian terbesar saya. Menunaikan haji sambil melayani tetamu-tetamu Allah.“Dalam soal haji ini, ia sememangnya panggilan Allah. Manusia boleh merancang, berusaha, pihak berkuasa boleh melantik, tetapi jika Allah belum memanggil, saya tidak akan sampai ke sana,” luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!