PELAKON veteran Hong Kong, Kent Cheng, berjaya menamatkan larian 10 kilometer pertamanya pada usia 74 tahun.Menerusi satu hantaran di Douyin (aplikasi dari China), pelakon yang terkenal dengan watak Fei Mao dalam drama Forrest Cat itu mendedahkan bahawa dia sebelum ini tidak pernah menjadikan larian sebagai satu bentuk senaman dan tidak mempunyai pengalaman dalam acara sebegitu. Menurut Kent, keputusan untuk mencabar diri bermula sebagai usaha memperbaiki tahap kesihatan serta membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk mencapai sesuatu matlamat.Kent sebelum ini popular menerusi watak Fei Mao.“Saya mula berlatih dari pertengahan Mac tahun lalu hingga bulan ini (Januari 2026), tepat 10 bulan. Saya bermula daripada kosong dan akhirnya dapat menamatkan larian ini.“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sifu (guru) Chow Yun Fat. Di bawah bimbingan dan pengawasannya, saya dapat merealisasikan impian ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan sepasukan atas galakan mereka,” katanya.Dalam pada itu, Kent turut memberi motivasi kepada para pengikutnya agar berani menetapkan matlamat hidup dengan mencuba perkara baharu serta berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya tanpa mudah berputus asa.ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon veteran tak puas hati catatan masa marathon 21km, ada kemungkinan isteri potong gajiARTIKEL BERKAITAN: Yulhee rebah di garisan penamat, tetap habiskan larian mahu buat anak-anak banggaMalah, dalam perkongsian terdahulu, Kent memaklumkan bahawa dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 35 kilogram demi memulihkan tahap kesihatan selepas berdepan pelbagai masalah, termasuk diabetes.Sebelum ini, pelakon tersebut pernah dihimpit khabar angin mengenai kematiannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Susulan itu, Kent membuka akaun Douyin pada Oktober 2025 dan menulis di ruangan profil, “Jangan risau, saya masih hidup!”Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!