suria

Tak sampai sebulan kahwin, kecoh suami penyanyi curang... Jalin hubungan dengan ramai wanita

Shirley pilih kunci mulut berhubung kemelut yang berlaku.

SELEPAS dua minggu mendirikan rumah tangga, timbul dakwaan suami kepada penyanyi Shirley Chen berlaku curang.

Khabar angin tersebut menggemparkan ramai peminat yang meluahkan rasa kasihan terhadap Shirley.

Shirley atau nama sebenarnya Chen Xuening, 24, mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Louis Li Ruibin pada 17 Januari lalu dalam sebuah majlis perkahwinan mewah di Shanxi, China.

Shirley dan Ruibin diraikan dengan penuh mewah.

Perkahwinan pasangan itu menjadi bualan ramai apabila dia diraikan seperti puteri dengan gaun mewah serta majlis yang meriah.

Bagaimanapun, kebahagiaan mereka tidak bertahan lama apabila Ruibin didakwa menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita sebelum dan selepas berkahwin.

Ia termasuk seorang peserta rancangan realiti Chuang Asia iaitu Wanyan Jiayi yang baharu berusia 22 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kantoi di rumah lelaki lain, perkahwinan 11 tahun pelakon musnah

ARTIKEL BERKAITAN: Oh Yoon Ah imbau cabaran membesarkan anak autisme, diminta bayar pampasan gara-gara kejadian tarik rambut

Menurut sumber, Ruibin dan Wanyan dikatakan pernah keluar bersama walaupun ketika itu usahawan berkenaan sudah mengumumkan hubungannya bersama Shirley.

Ketika khabar angin tersebut sedang hangat diperkatakan, Ruibin cuba menenangkan keadaan dengan memuat naik foto bersama Shirley dan memaklumkan keadaan mereka sedang baik-baik sahaja.

Bagaimanapun, Shirley masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dan dilaporkan telah menutup ruangan komen di akaun media sosialnya, sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain