IBU kepada penyanyi Virgoun iaitu Eva Manurung sanggup mengenakan jubah dan hijab semata-mata untuk berjumpa dengan cucunya di sekolah. Tindakan itu mencuri perhatian ramai memandangkan Eva merupakan penganut agama Kristian dan tidak pernah bertudung selama ini. Menerusi perkongsian Virgoun di Instagram Story pada Isnin, Eva dilihat menggayakan jubah biru dan tudung kelabu ketika berada di dalam sebuah kenderaan. Hantaran yang dikongsikan Virgoun di Instagram. "Masya-Allah... (Berjubah dan bertudung) semata-mata untuk berjumpa dengan cucu-cucu," tulis Virgoun yang sudah memeluk Islam sejak 2013. Dalam pada itu, Virgoun yang dibantu ibunya kini dalam proses tuntutan hak penjagaan ketiga-tiga anaknya. Sebelum ini hak penjagaan kesemua anak diberikan kepada bekas isterinya Inara Rusli. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kantoi di rumah lelaki lain, perkahwinan 11 tahun pelakon musnahARTIKEL BERKAITAN: Oh Yoon Ah imbau cabaran membesarkan anak autisme, diminta bayar pampasan gara-gara kejadian tarik rambutNamun pihak Virgoun membuat tuntutan baharu susulan Inara terpalit dengan kes dakwaan berzina bersama suami orang. Sehingga kini, proses tuntutan hak penjagaan anak masih berjalan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube