PELAKON dan pelawak Lee Seung Joo mendedahkan punca sebenar rumah tangganya musnah apabila mendakwa isterinya berlaku curang dan tertangkap secara tidak sengaja.Menurut Seung Joo, dia dan isterinya telah mendirikan rumah tangga selama 11 tahun sebelum hubungan mereka berakhir akibat perbuatan wanita berkenaan. Berkongsi kisah tersebut, Seung Joo berkata dia mula mengesyaki perubahan sikap isterinya apabila perbelanjaan kad kredit meningkat secara mendadak.Seung Joo buat pendedahan di sebuah podcast.Selain itu, isterinya juga kerap keluar rumah dengan alasan ingin bertemu rakan-rakan.“Saya mula rasa ada yang tak kena, tapi dia kata saya terlalu cemburu,” katanya.Kecurigaan Seung Joo akhirnya terbukti apabila satu aplikasi penjejakan lokasi memberi amaran pada lewat malam dan mendapati isterinya berada di rumah seorang rakan sekerja lelaki.Katanya, dia membawa isterinya pulang ke rumah dalam keadaan mabuk teruk dan tidak sedarkan diri, selain menyedari terdapat perubahan pada pakaian isterinya berbanding ketika keluar rumah.ARTIKEL BERKAITAN: Oh Yoon Ah imbau cabaran membesarkan anak autisme, diminta bayar pampasan gara-gara kejadian tarik rambutARTIKEL BERKAITAN: Suami pilih damai dengan isteri pertama, sedia lepaskan Inara RusliApabila ditanya mengenai perkara tersebut, isterinya memilih untuk menafikan dakwaan curang dan mendakwa dia mahu melarikan diri daripada tekanan rumah tangga.Pasangan itu akhirnya memilih untuk bercerai dan insiden tersebut memberi kesan besar terhadap emosi Seung Joo sehingga dia mengakui pernah cuba mengakhiri hidupnya sebanyak enam kali akibat tekanan melampau.Bagaimanapun, Seung Joo berkata dia berjaya bangkit semula demi anak-anak dan ibunya.Lebih mengejutkan, dia kini bergelar detektif persendirian bagi membantu individu lain yang berdepan isu kecurangan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube