suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demi Lovato makin langsing, netizen dakwa buat suntikan ozempic

Demi didakwa melakukan suntikan ozempic untuk kurus.

PELAKON dan penyanyi Demi Lovato mencuri perhatian ramai apabila tampil menggayakan baju renang rona hitam sekali gus menyerlahkan susuk tubuhnya yang kini dilihat semakin langsing.

Penampilan terbaharu Demi itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di media sosial. 

Segelintir pihak mendakwa perubahan ketara pada bentuk badannya mungkin berpunca daripada penggunaan suntikan Ozempic atau Mounjaro iaitu ubat yang sering dikaitkan dengan penurunan berat badan.

Bentuk tubuh Demi semakin langsing menarik perhatian ramai.

Meninjau di ruangan komen media sosial, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan serta pandangan peribadi mereka terhadap perubahan fizikal selebriti berkenaan.

"Sayang hentikan sahaja suntikan ozempic itu. Awak dah sempurna sejak dulu, tolong kekalkan bentuk badan awak. 

"Ozempic Queen, nampak sangat perubahan di bahagian pipi awak," tulis netizen. 

ARTIKEL BERKAITAN: Demi Lovato hitung hari bahagia, rancang kahwin hujung Mei

ARTIKEL BERKAITAN: Sarung gaun idaman di hari bahagia, Demi Lovato kini bergelar isteri

Pada Oktober lalu, Demi secara terbuka berkongsi mengenai perjuangannya melawan penyakit bulimia. 

Menurut Demi, dia kini sedang belajar untuk menerima tubuh badannya sendiri berbanding mengejar konsep 'body positivity' yang dirasakannya masih belum mampu dicapai sepenuhnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain