suria

Sarung gaun idaman di hari bahagia, Demi Lovato kini bergelar isteri

Lovato dan Jordan kini suami isteri.

TIGA tahun mengenal hati budi, Demi Lovato akhirnya sah menjadi isteri kepada penyanyi dan penulis lirik Jordan Jutes Lutes pada Ahad. 

Pasangan ini disatukan dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat di Los Angeles, California. 

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran tiga ekor anjing kesayangan mereka.

Sekitar majlis Lovato bersama pasangan.

Menerusi foto yang tular, penyanyi berusia 32 tahun itu mengenakan gaun pengantin rekaan khas Vivienne Westwood berwarna putih mutiara yang diperbuat daripada satin sutera.

Malah untuk majlis resepsi pula, penyanyi itu mengenakan gaun sutera satin ivory dengan korset yang dihiasi mutiara hasil rekaan pereka sama.

Difahamkan kedua-dua gaun pengantin itu merupakan rekaan idamannya sejak dahulu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi Lovato hitung hari bahagia, rancang kahwin hujung Mei

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyi lagu ‘Heart Attack’ depan pesakit jantung, Demi Lovato dituduh tak sensitif

Untuk rekod, Demi dan Jordan mula berkenalan pada pada Januari 2022 ketika berkerjasama dalam menghasilan lagu Subsatnace dan mengumumkan pertunangan mereka pada Disember 2023.

Lovato menyifatkan hubungan mereka penuh dengan gelak tawa malah menganggap Jordan adalah lelaki terbaik buat dirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain