PENGACARA dan pereka fesyen Ivan Gunawan bakal berangkat menunaikan ibadah haji di Makkah pada 27 Mei ini.
Ivan, 43, berkata, ketika ini dia masih mempersiapkan diri agar lebih bersedia ketika berada di Tanah Suci nanti.
Sebelum berangkat, Ivan turut memohon restu daripada ibunya selain mencium kaki wanita tersebut bagi memohon maaf atas semua kesilapan pernah dilakukan sebelum ini.

Ibu Ivan tidak dapat menahan sebak ketika kakinya dicium.
"Saya akan berangkat pada 27 Mei ini, semunya persiapan berjalan dengan lancar.
"Namanya juga nak pergi jauh, nak beribadah jadi saya saya minta restu dari ibu saya.
"Semoga dia ikhlas dan ibadah saya juga menjadi tenang," katanya memetik Detik Hot.
Dalam pada itu, Ivan memberitahu dia tidak berasa tertekan dengan perjalanan ibadahnya sebaliknya berharap semuanya dipermudahkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Melawat masjid di Uganda, Ivan Gunawan dah siap baju ala ‘Indiana Jones’ kerana takut digigit nyamuk
ARTIKEL BERKAITAN: Ivan Gunawan bina masjid di Uganda, bantu umat Islam beribadah
Malah dia berharap dapat pulang ke Indonesia dalam keadaan sihat seperti sebelum pergi ke sana.
"Saya menerima jemputan daripada Allah kenapa nak rasa tertekan?
"Patutnya lebih menikmati kerana ini undangan Allah dan tak semua orang dapat. Saya sangat bersyukur," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


