suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ivan Gunawan bina masjid di Uganda, bantu umat Islam beribadah

Ivan Gunawan membina sebuah masjid untuk kegunaan umat Islam di Uganda.

PENGACARA dan pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan dilaporkan membina sebuah masjid di Uganda, Afrika.

Ivan, 40, memberitahu memilih membina masjid di negara tersebut kerana bagi menampung dan memudahkan umat Islam menunaikan ibadah memandangkan peningkatan populasi masyarakat Muslim di sana.

Kehidupan miskin dan kesukaran mendapatkan air bersih juga turut mendoronya dirinya memberikan bantuan.

"Kebetulan di Uganda masyarakat beragama Islam semakin ramai tetapi kemudahan masjid masih terhad.

ivan12

Ivan berharap masjid dan kemudahan yang dibina dapat memberi manfaat kepada umat Islam di Uganda.

"Bayangkan ramai masih hidup dalam kemiskinan tanpa bekalan air bersih, makanan mencukupi apatah lagi sebuah masjid.

"Kebetulan di Uganda populasi beragama Islam semakin meningkat tetapi kemudahan masjid terhad.

ARTIKEL BERKAITAN: Ivan Gunawan tepis dakwaan bela anak patung ada kaitan roh mistik - “Saya tak pelihara jin atau iblis”

ARTIKEL BERKAITAN: Ivan Gunawan senang hati dah kurus selepas setahun diet, seronok dapat pakai baju mahal

"Jadi ini adalah masalah sesuai untuk mendirikan sebuah masjid di sana," katanya.

Tidak hanya membina sebuah masjid, Ivan turut menyediakan pelbagai kelengkapan beribadah seperti telekung, kain pelikat untuk digunakan jemaah.

Masjid yang diberi nama Masjid Indonesia by Ivan Gunawan itu menampung seramai 400 jemaah dalam satu-satu masa.

ivan11

Masjid dengan ukuran yang cukup besar itu mampu menampung hingga 400 jemaah.

Ia dibangunkan di daerqah Butanjwa Hoima Uganda Barat pada 16 April lalu dan sudah 80 peratus siap.

"Alhamdulillah, masjid tersebut sudah 80 peratus siap. Meskipun belum siap sepenuhnya, masjid ini sudah digunakan untuk tujuan beribadah.

"Selain masjid, kami juga membuat sumber air untuk berwuduk selain boleh digunakan untuk kegunaan harian oleh masyarakat sekitar bagi tujuan memasak dan minuman," tambah Ivan.

Ivan tidak keseorangan dalam misi tersebut sebaliknya turut mendapat kerjasama pereka hiasan dalaman terkenal Indonesia iaitu Susan Emir dan sebuah yayasan di negara itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain