suria

Lelaki ditolak kasar pengawal peribadi, Hrithik Roshan berang diserang peminat ajak ‘selfie’

Jelas kelihatan muka Hrithik tidak senang diserbu peminat.

NAMA pelakon Hrithik Roshan menjadi bualan dalam kalangan peminat apabila dia memberi respons kurang senang terhadap seorang peminat yang mahu berswafoto bersamanya.

Dalam kejadian tersebut, seorang peminat tiba-tiba menarik Hrithik yang ketika itu sedang berjalan keluar dari sebuah panggung wayang selepas menonton filem Brahmastra.

Disebabkan keadaan yang tidak terkawal, pengawal peribadi Hrithik menolak lelaki berkenaan secara spontan sekaligus menghalang untuk bergambar.

ARTIKEL BERKAITAN: Hrithik Roshan bawa kekasih ke majlis bekas isteri, saling perkenal pasangan baharu

Menerusi video yang tular, jelas kelihatan wajah Hrithik marah dengan tindakan lelaki berkenaan.

“Apa yang kamu lakukan?” katanya sebelum meninggalkan lokasi berkenaan.

Dalam masa sama, Hrithik juga memikirkan keselamatan dua orang anaknya iaitu Hrehaan Roshan dan Hridhaan Roshan yang turut ikut sama menonton filem berkenaan.

Kejadian seumpana ini juga pernah berlaku kepada pelakon Shah Rukh Khan beberapa minggu lalu ketika dia keluar dari lapangan terbang bersama anaknya Aryan Khan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain