suria

Hrithik Roshan bawa kekasih ke majlis bekas isteri, saling perkenal pasangan baharu

Hrithik dan Sussanne bersama pasangan baharu mereka.

HUBUNGAN cinta Hrithik Roshan dan Saba Azad terus menjadi perhatian ramai dan mereka juga dikatakan mendapat restu bekas isteri Hrithik iaitu Sussanne Khan.

Terbaharu kedua-dua mereka dilihat hadir bersama meraikan pembukaan restoran baharu miliki Sussanne yang terletak di Goa.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan cinta Hrithik Roshan, Saba Azad direstui keluarga... Rancang berkahwin tidak lama lagi

Dalam satu perkongsian di media sosial, Sussanne turut memuat naik gambar berempat bersama Hrithik dan Sabar serta kekasihnya Arslan Goni.

Pasangan ini juga dilihat berpimpin tangan ketika mereka tiba di lapangan terbang Mumbai baru-baru ini.

hrithik 2

Hrithik dan Saba berpimpin tangan ketika tiba di lapangan terbang baru-baru ini

Hrithik dan Sussanne mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan berpisah pada 2014.

Mereka mempunyai dua orang cahaya Hridaan dan Hrehaan.

Walau sudah berpisah, Hrithik dan bekas isterinya mengekalkan hubungan baik mereka dan saling menyokong untuk kembali mencari teman hidup baharu. -HINDUSTANTIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain