suria

Hubungan cinta Hrithik Roshan, Saba Azad direstui keluarga… Rancang berkahwin tidak lama lagi

Hrithik dikatakan serius dalam perhubungannya dengan Saba.

DUNIA hiburan Bollywood kecoh apabila pelakon terkenal Hrithik Roshan, 48, dikatakan bakal berkahwin dengan kekasih hatinya Saba Azad tidak lama lagi.

Menurut laporan Geo.TV, hubungan pasangan ini dihidu sejak beberapa bulan lalu dan sumber mendedahkan mereka dalam perancangan mendirikan rumah tangga.

"Hrithik serius dengan hubungan itu dan mahu bawa ke fasa seterusnya, mereka merancang untuk berkahwin.

"Bagaimanapun, belum dapat disahkan mengenai perkara itu kerana kedua-duanya sedang bahagia meluangkan masa bersama mengenali antara satu sama lain," kata sumber terdekat.

Sebelum ini, pasangan ini pernah dilihat makan malam dan bercuti bersama di Goa, India.

hrithik 2

Pasangan ini kunci mulut mengenai hubungan cinta.

Namun sehingga kini mereka masih mengunci mulut mengenai hubungan cinta mereka.

Lebih menguatkan spekulasi apabila dilihat cukup rapat dengan keluarga Hrithik.

Terbaharu, Hrithik mengajak kekasihnya itu menghabiskan masa bersama keluarganya. Dikhabarkan kedua-dua keluarga sudah merestui hubungan pasangan ini.

Malah, gadis berusia 31 tahun ini juga akrab dengan anak-anak aktor itu.

Untuk rekod, Hrithik pernah berkahwin dengan Sussane Khan pada 2000 dan bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Hreehan dan Hridhaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain