suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atta Halilintar rasa nak menangis, tak sanggup tengok Baby A tindik telinga

Atta tak sanggup tengok anak tindik telinga.

KISAH kelahiran anak sulung pasangan selebriti Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah terus menjadi topik perbualan hangat netizen di laman sosial.

Terbaharu, reaksi Atta ketika Aurel memujuknya untuk membenarkan bayi perempuan diberi gelaran Baby A menindik telinga turut menarik perhatian peminat.

"Biar cantik sayang," pujuk Aurel.

"Kasihan sayang, semalam disuntik saja mukanya begini," jawab Atta sambil membuat mimik muka seperti Baby A.

"Ya sudah begini sahaja, kamu temankan. Kalau dia menangis kamu dukung bawa ke sini. Biar anaknya cantik pakai anting-anting," kata Aurel lagi.

Pada Selasa lalu, Aurel selamat menimang cahaya mata sulung diberi gelaran Baby A.

SUMBER: Wow

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia