suria

Pengikut IG bertambah, ramai minta bergambar... Yoon Chan Young tak percaya popular selepas berlakon ‘All of Us Are Dead’

Chan Young masih tak percaya semakin dikenali.

PELAKON drama bersiri All of Us Are Dead, Yoon Chan Young terkejut apabila melihat jumlah pengikut Instagram miliknya bertambah dengan drastik selepas membintangi drama berkenaan.

Menurut laporan Soompi, Chan Young berkata dia tidak menyangka meraih populariti mendadak sehingga terkenal di seluruh dunia.

"Saya masih tak percaya itu (menjadi terkenal).

"Ramai orang mula mengenali saya dan berkata... ini Cheong San (karakter dalam drama berkenaan).

"Mereka kemudiannya datang kepada saya untuk mengambil gambar. Saya pun masih bingung dan rasa sangat berbeza,” katanya dalam temubual bersama majalah Dazed Korea, baru-bari ini.

All of Us Are Dead menjadi fenomena selepas ditayangkan di platform penstriman Netflix dan menjadi trending di seluruh dunia sejak bulan lalu.

Untuk rekod, Yoon Chan Young memiliki lebih 4 juta pengikut di Instagram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain