suria

Anang, Krisdayanti teruja sambut cucu pertama, satu keluarga siap pakai baju pink!

Satu keluarga pakai baju pink sambut cucu pertama.

BERKONGSI perasaan teruja dan gembira menyambut kelahiran cucu pertama, penyanyi Krisdayanti dan Ashanty sama-sama sepakat memakai baju berwarna merah jambu.

Kedua-dua mereka juga berkongsi rasa syukur atas kelahiran cahaya mata sulung buat pasangan Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar yang diberi gelaran Baby A.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisdayanti mengaku beberapa kali buat pembedahan plastik demi cantik di mata suami

“Alhamdulillah, telah lahir cucu kesayangan kami. Cahaya sempurna bagi keluarga,” ucap Krisdayanti di Instagram miliknya.

Kedua-dua mereka dilihat telah berada di pusat perubatan tempat Aurel bersalin sejak awal pagi pada Selasa.

kd 2

Krisdayanti mendukung cucu pertamanya

Aurel merupakan anak pertama Krisdayanti perkahwinan terdahulu bersama Anang Hermansyah. Manakala Ashanty pula merupakan isteri kedua Anang selepas berpisah dengan Krisdayanti.

Sementara itu, Aurel menerusi perkongsian di IG Story memberitahu dia tidak membenarkan orang lain melawat anaknya melainkan keluarga terdekat sahaja.

“Rakan-rakan yang mahu datang melawat, minta maaf kerana sekarang musim pandemik.

“Hanya keluarga rapat di sini. Untuk keluarga lain, sahabat-sahabat, kalau mahu melawat tunggu di rumah nanti,” tulis Aurel.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain