suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atta Halilintar dah jadi ayah! Aurel selamat lahir ‘Baby A’

Atta berkongsi berita kelahiran 'Baby A'

PASANGAN selebriti popular Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah selamat menyambut kelahiran anak sulung mereka pada Selasa.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Atta dengan memuat gambar tangan bayi baru lahir yang digelar ‘Baby A’ itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Atta Halilintar dikecam gara-gara minta menantu bersalin secara normal

“22.2.2022. Malaikat hidupku,” tulis Atta.

Pada Isnin, Atta berkongsi proses dia menemani Aurel ke sebuah pusat perubatan sebelum mengumumkan kelahiran bayi mereka.

Kisah perjalanan kehamilan Aurel sering mendapat ramai.

atta anak 2

Krisdayanti dan Anang turut dilihat menemai Aurel

Minggu lalu, bapa Atta dikecam netizen apabila meminta menantunya itu menjalani proses kelahiran secara normal.

Selain itu kisah Atta menempah beberapa buah bilik di pusat perubatan tersebut bagi menempatkan ahli keluarga juga menjadi bualan ramai.

Atta dan Aurel bernikah pada 4 April 2021 di Hotel Raffles, Jakarta.

Aurel pernah mengalami keguguran sekitar Mei tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia