suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang ‘All Of Us Are Dead’ Lee Yoo Mi seronok dibenci, gembira lakonan jahat menjadi!

Lee Yoo Mi seronok baca komen negatif netizen.

GARA-GARA membawa watak antagonis bernama Nayeon dalam drama bersiri All Of Us Are Dead, pelakon Lee Yoo Mi menerima kecaman hebat penonton.

Menurut laporan Soompi, Yoo Mi berkata dia membaca semua komen negatif yang ditulis netizen di laman sosial miliknya.

Dia bagaimanapun mengakui tidak berkecil hati dengan komen berkenaan dan seronok kerana dapat membawa watak itu dengan baik.

"Saya jenis orang yang nak tahu, saya akan baca semua komen mereka itu.

"Saya tidak terluka melihat komen haters itu, bahkan rasa seronok ketika dibenci kerana saya fikir saya telah melakukan pekerjaan dengan baik.

"Mungkin dengar macam jahat tapi saya rasa bahagia, saya dapat melihat sendiri mutu lakonan saya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain