suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Se Young dedah ibu tak pernah ambil duit bayaran sebagai pelakon... Siap ajar cara semak akaun bank sejak kecil

Lee Se Young mulakan karier lakonan sejak berusia 5 tahun.

MEMULAKAN karier lakonan sejak berusia lima tahun, pelakon Lee Se Young memberitahu ibunya tidak pernah mengambil wang pendapatan hasil kerjaya seninya itu.

Menurut laporan Kbizoom, Se Young menjawab pertanyaan panel dalam program JTBC’s ‘Knowing Bros’, yang bersiaran baru-baru ini.

"Ibu saya tak pernah ambil wang di belakang saya. Saya ada akaun sendiri, jadi dia masukkan semuanya ke dalam akaun saya," katanya.

Tidak berpuas hati dengan jawapan diberi, panel terus mengajukan soalan berkemungkinan ibunya mengambil wang tanpa pengetahuan Se Young.

"Tetapi mungkin ibu awak ada mengambilnya sedikit demi sedikit?" tanya panel lagi.

Lee Se Young bagaimanapun memberitahu ibunya telah mengajarnya untuk menyemak pendapatan yang dimasukkan ke dalam bank.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain