suria

Cinta beza agama Rizky Febian dan Mahalini Raharja, Sule restu tapi dengan syarat jika mahu berkahwin

Sule (kiri) merestui hubungan cinta anaknya

PERCINTAAN penyanyi Rizky Febian dan Mahalini Raharja yang berbeza agama menjadi bualan peminat.

Bapa kepada Rizky iaitu pengacara dan pelawak Sule memberitahu sudah merestui hubungan tersebut, namun jika mereka berkahwin nanti, haruslah mengikut ajaran Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Antara Mahalini Raharja dan Anya Geraldine, siapa pilihan Rizky Febian?

“Itu kehendak Tuhan untuk mereka bercinta. Tuhan sudah punya rancangan semua itu.

“Apa yang penting hubungan mereka baik-baik sahaja untuk kerjaya. Tidak semestinya mereka bercinta saya sudah fikirkan soal kahwin.

“Mereka baru sahaja bercinta, biarkan mereka rasa bagaimana hubungan berbeza agama.

“Yang penting saya mahu kalau bernikah nanti, harus satu agama,” jelas Sule dalam satu temubual di saluran Youtube Adiez Gilang.

Bukan hanya Rizky, malah adiknya iaitu Putri Delina juga turut bercinta dengan lelaki berbeza agama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain