suria

Influencer Ayu Aulia tulis nama Zikri Daulay pada nota sebelum cuba bunuh diri, nafi ada masalah cinta

Ayu menulis nama Zikri (kiri) dalam sekeping nota sebelum cuba bunuh diri

NAMA influencer terkenal Indonesia, hangat diperkatakan dalam kalangan peminat apabila dikejarkan ke sebuah pusat perubatan kerana didakwa cuba membunuh diri.

Tindakan Ayu itu turut dikaitkan dengan pelakon yang popular menerusi drama Dear Nathan The Series iaitu Zikri Daulay.

ARTIKEL BERKAITAN: Goo Hara cuba bunuh diri, ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya

Kedua-dua mereka dikatakan mempunyai hubungan rapat dan sering berkongsi gambar serta komen di media sosial.

Menurut laporan KapanLagi, Ayu sempat menulis sekeping nota tercatat nama Zikri di dalamnya.

“Tiada lelaki yang boleh menerima kekuranganku. Zikri pun tidak mahu meneruskan kerjaya dengan saya,” tulis Ayu.

Beberapa jam sebelum dibawa ke pusat perubatan Ayu berkongsi satu hantaran di Instagram miliknya dengan menulis ‘Depresi’.

Bagaimanapun keadaan Ayu kini kembali stabil seperti yang dikongsi oleh seorang rakanya bernama Fami Aditian.

Ayu turut menjelaskan masalah yang dialaminya bukan berkaitan cinta.

“Bukan kerana cinta, hanya Fahmi yang tahu,” ucap Ayu pada vidoe yang dikongsi Fahmi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain