PERSELISIHAN faham antara ahli keluarga kadang kala berpunca daripada perkara kecil yang mungkin tidak disedari.Seorang gadis berkongsi tindakan abangnya mengajak isterinya pulang disebabkan terasa hati dengan tindakan ibu mereka yang tiba-tiba menutup penyaman udara di dalam bilik. Menurut gadis itu, abangnya tidak banyak bercakap selepas kejadian tersebut, sebaliknya terus berkemas untuk pulang ke rumah mereka.Anak menantu perlu lebih memahami perasaan ibu bapa. -Gambar hiasan AI"Mak tutup waktu kakak ipar sedang tidur. Abang tak cakap banyak, terus kemas barang-barang dan ajak isteri dia balik."Mak tak tahu punca mereka balik awal. Ingatkan abang dan kakak ipar nak makan dekat luar," ceritanya.Jelasnya, tindakan ibunya menutup penghawa dingin berkenaan kerana mungkin berasa bimbang bil elektrik akan melambung naik.ARTIKEL BERKAITAN: Macam rumah kebajikan! Wanita geram 10 tahun kakak ipar angkut 4 orang anak menumpang tanpa izin, sesen pun tak hulurARTIKEL BERKAITAN: Kakak ipar ‘lupa’ jalan pulang, bertandang sampai lewat pagi... Dah masuk tidur pun tak reti balik!"Abang dan kakak ipar teman mak sebab mak duduk seorang diri. Aku pula ada kerja di Kuala Lumpur. Risau sangat bil api dia naik," kongsinya lagi.Ceritanya lagi, dia juga kagum dengan ketabahan kakak iparnya yang tetap setia mengikut abangnya pulang ke rumah ibu mereka selepas insiden berkenaan."Kakak ipar boleh tahan hati kering. Entah apa dia pendam pun aku tak tahu tapi dia tetap ikut saja kalau abang balik rumah mak. Dia buat macam tidak ada apa-apa," katanya.Gadis kongsi abang ajak isteri pulang selepas aircond ditutup.Abang mendiamkan diri apabila ditanya ibu mengenai kepulangan awal.Pasangan itu dikatakan pulang untuk menemani ibu yang tinggal bersendirian.Kakak ipar tetap mengikut suami walaupun berdepan situasi kurang menyenangkan.Netizen mengingatkan keluarga supaya saling memahami dan menjaga hati.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang menyarankan agar setiap ahli keluarga bersikap jujur bagi mengelak ada antara mereka terasa hati."Balik sekal-sekala macam ini boleh buat sesiapa terasa. Kesian kakak ipar awak, tapi tulah kena juga saling memahami."Bapa mentua aku tutup suis elektrik terus. Padahal bilik pakai kipas satu je," komen warga maya.