suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kakak ipar ‘lupa’ jalan pulang, bertandang sampai lewat pagi... Dah masuk tidur pun tak reti balik!

Setiap tetamu perlu menghormati privasi tuan rumah walaupun mempunyai ikatan kekeluargaan. -Gambar hiasan AI

RUMAH sepatutnya menjadi ruang paling selesa untuk berehat dan menikmati privasi bersama keluarga selepas penat menjalani rutin harian.

Namun, seorang wanita meluahkan rasa kurang selesa apabila kakak iparnya terlalu kerap datang melepak di kediamannya sehingga berlarutan sampai lewat pagi.

Menurut pengadu, dia sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk menerima kunjungan keluarga mentua, malah bersetuju apabila seorang lagi iparnya berhasrat menumpang mengadakan majlis perkahwinan di rumahnya.

Jangan sesekali mengambil kesempatan diatas kebaikan seseorang. -Gambar hiasan AI

Jangan sesekali mengambil kesempatan di atas kebaikan seseorang. -Gambar hiasan AI

"Ipar nak nikah dan nak tumpang buat majlis dekat rumah kami. Aku okay saja sebenarnya sebab dengan dia pun aku tak ada masalah besar.

"Kalau setakat nak tumpang rumah untuk buat majlis, aku tak kisah," katanya membuka cerita.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam rumah kebajikan! Wanita geram 10 tahun kakak ipar angkut 4 orang anak menumpang tanpa izin, sesen pun tak hulur

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua salahkan menantu rumah bersepah, wanita pertahan kakak ipar dituduh pemalas... Sentuh bab cucu terus ‘naik hantu!’

Bagaimanapun, pengadu terkejut apabila ibu mentuanya sendiri meluahkan kebimbangan jika permintaan itu menimbulkan rasa kurang senang dia sekeluarga, disebabkan ada isu terdahulu yang melibatkan kakak iparnya.

"Kakak ipar dah berkahwin, tapi hampir setiap hari datang melepak dekat rumah aku sampai lewat pagi.

"Tuan rumah dah masuk tidur, dia masih ada dalam rumah. Aku rasa benda ini tak normal.

"Rumah orang, tuan rumah dah tidur, tapi dia masih duduk melepak sampai lewat pagi," luahnya.

Wanita itu menjelaskan, dia pernah meminta suaminya menegur secara baik agar kakak ipar tidak lagi bertandang terlalu kerap memandangkan dia amat dahagakan ruang privasi di rumah sendiri.

Tegasnya, tindakan itu dilakukan bukan kerana benci atau mahu memutuskan hubungan persaudaraan antara suami dan adik-beradiknya.

"Aku cuma nak rumah aku jadi tempat aku boleh rasa privasi dan selesa. Aku tak pernah halau pun. 

"Aku cuma minta suami cakap elok-elok, kalau boleh jangan terlalu kerap datang sebab aku perlukan privasi. Siap aku sendiri minta maaf dekat ipar dan mertua kalau ada yang terasa," katanya.

  • Wanita kurang selesa kakak ipar kerap melepak hingga lewat pagi.
  • Tuan rumah sudah tidur, kakak ipar didakwa masih berada di kediaman.
  • Dia menegaskan tidak pernah menghalang keluarga mentua berkunjung.
  • Suami diminta menegur secara baik kerana mereka memerlukan privasi.
  • Wanita terkilan apabila isu dalam rumahnya mula tersebar kepada orang lain.

Keadaan bagaimanapun menjadi semakin keruh apabila dia mendakwa kisah rumah tangganya itu mula dijaja dan tersebar kepada pengetahuan orang luar.

"Kadang-kadang kita bukan tak suka orang datang. Kita cuma tak selesa apabila orang terlalu selesa dalam rumah kita sampai lupa rumah itu ada tuan.

"Paling penat apabila kita dah cuba cakap baik-baik, dah jaga hati semua orang, dah minta maaf. Tapi masih juga kita yang nampak macam bermasalah," katanya.

Dia turut mengakui antara faktor kakak iparnya kerap berkunjung mungkin disebabkan ibu mentua turut tinggal di kediaman berkenaan.

"Tapi tak kan hari-hari datang semata-mata nak jumpa mak? Sebab mak mentua aku tu bukan jenis yang suka melayan anak-anak atau cucu. Dia pun jenis yang suka privasi," katanya.

Artikel Lain