PENGGUNAAN sistem pembayaran secara imbas kod QR sepatutnya memudahkan urusan jual beli tanpa perlu membawa wang tunai.Namun, kemudahan teknologi itu didakwa turut disalahgunakan segelintir individu untuk memperdaya peniaga dengan menggunakan resit transaksi palsu.Taktik kotor itu didedahkan oleh seorang lelaki yang menyaksikan sendiri perbuatan seorang gadis cuba memperdaya peniaga ketika membeli nasi campur.Peniaga perlu berhati-hati dalam urusan jual beli menggunakan QR. -Gambar hiasan AI "Aku pernah kantoikan seorang perempuan cuba tipu QR. Nak bayar nasi campur, aku beratur di belakang budak perempuan ini."Dia konon-konon imbas QR, kemudian dari belakang aku nampak dia swipe beberapa gambar dalam telefon."Ada Touch 'n Go, Grab dan beberapa bank lain. Dah ada template nak menipu," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan terkedu peniaga tak terima QR, bagi tunai tapi tiada tukaran duit kecil - “Ingat ini tahun 1990 ke?“ARTIKEL BERKAITAN: Ramai kongsi kod QR di media sosial, teruja lihat tawaran beri wang percuma... Akhirnya akaun 'lesap'Lelaki itu berkata, pelanggan berkenaan kemudian menunjukkan skrin telefonnya secara pantas kepada pekerja di kaunter sebelum cuba beredar.Curiga dengan tindakannya, lelaki tersebut segera memaklumkan kepada pekerja berkenaan bahawa pembayaran sebenarnya tidak dilakukan."Aku beritahu akak kaunter... budak ini tak bayar pun, dia tipu saja tu. Terkejut dia, terus dia maki aku dekat situ. "Dia letak nasi yang banyak atas kaunter dan terus berlalu tanpa rasa bersalah. Akak kaunter cuma geleng kepala," katanya.Menurut lelaki itu, dia sebenarnya tidak keberatan untuk membantu membayar makanan tersebut sekiranya gadis tersebut benar-benar tidak mempunyai wang."Kalau cakap saja tak ada duit nak makan, buat apa menipu. Sebenarnya aku boleh saja bayarkan untuk dia," katanya.Lelaki dakwa ternampak gadis cuba menipu pembayaran QR.Gadis dipercayai menyimpan beberapa ‘template’ bukti pembayaran.Helah terbongkar ketika dia mahu beredar selepas mengambil nasi campur.Gadis didakwa memaki sebelum meninggalkan makanan di kaunter.Netizen cadang peniaga guna mesin QR bersuara bagi mengelak penipuan.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian warga maya yang berpendapat sikap sedemikian menyebabkan ada peniaga yang kekal menggunakan kaedah pembayaran tunai dalam pembayaran."Kalau ada peniaga berusia jual beli secara tunai saya tidak salahkan mereka sebab ini salah satu puncanya. Kesian mereka kena tipu."Kalau kedai ada Wifi, guna la mesin imbas QR yang bunyi. Melabur la sikit, dapat elak kes macam ni," komen netizen.