BERKONGSI hasil tanaman di halaman rumah dengan jiran tetangga atau tetamu yang bertandang merupakan antara amalan murni untuk mengeratkan hubungan dan membina kemesraan.Namun niat baik tersebut adakalanya diambil kesempatan oleh individu tidak bertanggungjawab seperti dialami warga emas dari Kulai, Johor ini. Kisahnya itu dikongsikan semula oleh anaknya yang turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap dua individu terbabit.Mana tidaknya, keizinan yang diberikan membuatkan mereka mengambil buah mangga epal di halaman rumah sehingga memenuhi tiga bakul.Pemilik pokok buah-buahan biasanya akan berkongsi rezeki dengan jiran tetangga dan tetamu rumahnya. -Gambar hiasan AI"Ada dua orang lelaki datang minta izin nak ambil buah mangga epal, mak aku pun bagi je kalau orang tu memang nak makan atau ada yang mengidam."Peliknya, dia siap bawa galah dan bakul sendiri, macam bukan nak makan dua tiga biji tapi nak gondolkan pokok mak aku," kongsinya di Thread.Bimbang dengan tingkah laku kedua-dua individu itu, ibunya keluar dan memberi peringatan agar tidak memetik kesemua buah di pokok berkenaan.Namun malangnya, teguran mesra itu langsung tidak diendahkan apabila mereka terus galak memetik buah mangga epal berkenaan tanpa rasa serba salah.Dua lelaki didakwa ambil kesempatan selepas diizinkan memetik mangga epal di halaman rumah.Mereka datang membawa galah dan ambil sehingga tiga bakul.Teguran supaya tidak menghabiskan buah tidak diendahkan.Selepas ditanya tujuan mengambil buah sebanyak itu, mereka mengaku menjual rojak dan dikatakan membayar RM10 untuk mangga yang diambil.Luahan anak pemilik pokok mengundang kemarahan netizen.Ringkasan ini dijana oleh AIMenyedari perkara tersebut, ibunya kemudian bertanya sama ada buah yang dipetik itu untuk dimakan atau dijual."Mereka terus berhenti dan datang dekat mak aku sambil mengaku jual rojak di Senai."Siap bagi tahu yang buah mak aku tu ada ulat bila dah besar, dia ambil sampai tiga bakul penuh," adunya sambil menambah individu terbabit kemudiannya membayar RM10 untuk buah yang diambil.ARTIKEL BERKAITAN: Tak halang jiran ambil hasil tanaman tepi rumah, tapi minta mangga kena bayar RM6 sekilo - “Tergelak aku dibuatnya!”ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bengang mangga depan rumah kena rembat, sekali sauk 2 guni! - “Tengok gaya macam orang Bangladesh”Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya turut meluahkan rasa geram dan marah dengan sikap tidak bertanggungjawab peniaga terbabit."Memang ramai orang tak ada common sense sekarang ni. Kalau nak rasa, cukup sekadar lima biji je."Tak nak keluar modal untuk berniaga tapi ambil kesempatan atas kebaikan orang lain."Tak sepatutnya ambil buah secara percuma, kemudian dia jual pula," demikian reaksi netizen.